Sabtu, 14 November 2009

Kisah hari ini~

*Aku tak ada idea nak letak title apa untuk entry ini.. Haha

Tadi aku pergi berfoya-foya dengan dia...
Bukan ke mana pun sekadar pi-mai-pi-mai-tang-tu di Alamanda....
Teringin nak tengok wayang ramai pulak manusia hujung minggu ni...
Tak pe lah sayang kita tengok time manusia tak ramai nanti... Tak larat nak queue beli tiket... Beratur macam nak audition Akademi Fantasia 8..
( Eh dah open ke untuk audition? )
Kalau aku berlakon pengsan pun belum tentu orang bagi aku masuk line dia..


Jom la kita pergi asah bakat menyanyi.. Mane tau boleh pass audition AF..
Yay! Mari kita tambahkan lebat hujan pada hari ini.. Hehehe..
Layan lagu-lagu rock kapak..
Awie = Di Penjara Janji ( Layan dalam kereta sebelum tu )
Data = apa ya tajuk nya.. Terlupa... =P
Damasutra = Bayangan Gurauan ( Tersilap pilih.. Layan ajelah.. )
Indon pun syok jugak..
ST12 = Saat Terakhir ( Lalok aje nyanyi sampai menguap )
Kangen Band = Kembali Pulang ( Digilai rakan sekelas )


Tengah syok melalak perut pun nak join sekali...
Ahh sibuk la.. Mmm okey-okey nak pergi bagi makan kat perut pulak...
Nak makan kat mana ya? Fikir punye fikir... Kita pergi Uniten lah... Orait..
Mmm... Ke nak makan kerang bakar?? Huh.. Sedap tu...
Jom-jom... Aku pun men-drive kancil kemek kena langgar tu pergi Fasa 1...
Yayay.. Dapat makan kerang bakar... Sedap bangat kerang bakar kat sini...
So pada sape-sape yang suka makan kerang bakar boleh la datang dinner kat sini..
Waktu lunch kena makan kat tempat lain sebab belum open for bussiness lagi..
* Iklan tak berbayar..

Kerang dah separuh masuk perut baru teringat nak amek gambar.. Hehe...

* Nota toyo : Kawan aku cakap emaknya pernah makan kerang.. Bila cium tangan yang kopek-kopek kerang tu ada bau tahik.. Errrkkkk.... Nak makan lagi tak lepas ni?



Melalut aje~

Hujan oh hujan.. Tidak mahu berhentikah? Aku sudah kesejukkan di sini..
Mendengar Agnes Monica mengeluh kesah kerana kekasih yang tidak mengerti dirinya.. Teruskanlah dengan dirimu sahaja...
Perut berkeroncong...
Kasihan..
Dia lapar...
Nah! Ambil roti ini... Empat keping sahaja...
Pakcik Gardenia cakap dia belanja kamu..
Terima kasih...
Kamu di planet Pluto...
Cepat kembali ke Bumi...
Temani aku, aku sudah bosan di sini...
Huh! Dia tak mahu mendengar...

*Nota toyo : Jangan fikir aku merapu...

Rabu, 11 November 2009

Teman Berjaga~

Esok ada peperiksaan... Peperiksaan akhir semester untuk kertas kaedah pengajaran... Subjek yang diajar oleh Tn Hj Mohamad Abu Daud.. Singkatannya Cikgu Mad... Pensyarah kegemaran rakan-rakan lelakiku....


Malam ini aku dan rakan-rakan lain bersengkang mata membaca nota.. Biasalah, menjadi kebiasaan aku untuk belajar di saat-saat akhir.. Bak kata seorang sahabat belajar di waktu kecederaan.. Semua ilmu yang dipelajari selama satu semester mahu disumbatkan sepenuhnya di dalam neuron-neuron otak yang kecil ini... Kasihan mereka..


Kantuk sudah menjengah layar mata.. Syuhhhh!! Pergi jauh.. Jangan hampiri aku.. Aku masih mahu menelaah... Disaat-saat seperti ini jangan cuba untuk menggoda aku.. Mimpi-mimpi indahmu tak menarik minatku..

Aku harus mencari alternatif untuk menghilangkan rasa kantuk ini... Biar ku bunuh saja kamu.. Biar lenyap malam ini... Aku mula mencari-cari sahabat lamaku di rak bawah meja.. Sudah lama tidak ketemu kamu... Masih ingatkah kamu padaku? Ahaa.. Jumpa pun kamu.. Berada agak tersorok dari pandangan mataku.. Bagus! Malam ini akan aku paksa kamu menjadi peneman penghindar rasa kantuk..


Lega rasanya..... Terima kasih kerana menjadi peneman pada malam ini...







* Aku pandai membuat minuman ini.. Lazat sekali.... Mahu mencuba?

Selasa, 10 November 2009

Malam yang sepi~

"Marah kerana hal semalam?"
Mesej ke-2 aku hari ini untuk dia..
Mesej yang pertama pagi tadi berlalu sepi tanpa balasan.. Aku pun diam... Dia merajuk... Akan ku pujuk kamu ya sayang...

Aku meneruskan kerja-kerja mencari dan menyalin nota untuk peperiksaan semester pada hari lusa... Kali ini aku lebih rajin dari sebelumnya.. Moga-moga aku dapat meningkatkan pointer aku yang jatuh menjunam pada semester lepas sehingga menjadi yang terendah di dalam kelas.. Kecewa jugak kerana pointer terkumpul juga tidak setinggi mana... Mungkin kerana terlalu asyik menyulam cinta... Atau mungkin juga aku tersalah memberi jawapan kepada soalan spot yang tak keluar dalam peperiksaan... Aku pun tak pasti jawapannya....

* Moral : Jangan bergantung kepada soalan spot..

Mendapat amanat daripada emak tersayang yang tak putus-putus menutur mutiara kata yang mahukan aku rajin belajar.. Kata emak " Rajin-rajin la belajar.. Takkan dah nak habis belajar pun masih malas lagi.. " Mmm.. Kata-kata yang terkesan dihati aku... Itu pun selepas aku bercerita tentang kata-kata azimat emak kepada dua tiga orang rakan yang sentiasa mendengar cerita aku.. Ada yang ketawa.. Ada yang berkata " Bagus la mak hang.. Mak aku dah lama tak cakap macam tu.." Aku sedar emak masih mengharapkan aku supaya berubah sikap menjadi rajin...

Rajin?? Mm.. Teringat adik aku yang kedua Amir, sudah rajin dia sekarang.. Walaupun masih culas membuka buku untuk ditelaah tapi sudah rajin membantu emak dan abah di rumah.. Sudah berubah sikapnya setelah menginjak remaja.. Oh ya! Umur dia sudah 14 tahun.. Sudah tinggi 5 inci dari aku.. Suara juga sudah berubah garau... Sudah tidak boleh dibuli lagi seperti ketika kecil-kecil dahulu.. Ketika Ramadan lepas dia yang rajin menolong emak memasak di dapur... Dia lah yang disuruh emak ke sana ke mari membeli barang di kedai.. Sekali pun tidak merungut.. Girang hati emak melihat perubahan sikap anak teruna nya yang baru tumbuh jerawat-jerawat kecil di dahi... Berbeza sekali dengan sikap dia ketika kecil-kecil dahulu.. Pantang di suruh panjang muncung mulut dia menyatakan keengganannya menolong emak.. Pernah aku piat telinganya sampai kemerah-merahan kerana tidak mahu membasuh kasut sekolah yang kotor... Dia buat tak tahu juga... Kesudahannya malam sebelum esok ke sekolah dilumurkan kapur kasut putih ke atas warna hitam kasutnya... Hmmm... Memang degil...

* Amir sudah pandai setting rambut bermacam fesyen... Kataku hormon remaja yang sedang meningkat... Hendak mengayat gadis-gadis seusianya...

Emak bercerita Astro di rumah sudah dipotong dek kerana bil yang tertunggak dua bulan.. Emak malas membayar kerana geram adik-adik 24 jam seminggu menonton siri cerita kartun..
Macam-macam alasan emak beri apabila dipujuk adik untuk membayar bil.. Emak cakap pada mereka " Kena tunggu Along balik dulu, baru boleh bayar.. Bil atas nama Along.." Aku jugak yang kena tapi dipercayai 100% oleh adik-adik.. Emak ketawa besar.. Jadi terpaksalah menunggu kepulangan Along mereka 2 minggu lagi.. Aku pun ketawa juga... Bosan kerana tiada hiburan di rumah Amir mengecat dinding luar rumah yang selama bertahun-tahun tiada warna.. Aku agak sudah 5 - 6 tahun tidak dicat.. Barulah terpalit warna dicat adik yang tertekan kerana tidak dapat menonton rancangan kartun kegemaran Ben 10 dan juga Naruto... Walaupun diulang berkali-kali namun masih juga ditonton dengan gembira...

Hilmi juga begitu... Dia juga suka menonton siri kartun Si Kucing Hitam & Si Tikus Kecil yang nakal.. Aku selalu merampas remote control televisyen daripadanya kerana mahu menonton drama Korea kegemaran aku... Sengaja mahu bertelagah dengan si kecil itu kerana rasa seronok sekali membuatkan dia marah... Apabila marah dia akan menangis... Seperti kanak-kanak kecil yang kehilangan botol susu... Oh lupa memperkenalkan dia... Hilmi adikku yang kecil sekali... Umurnya 12 tahun sedang bergembira dan tidak ke sekolah kerana sudah selesai menduduki peperiksaan besar pertama dia.. Aku cemburu... Emak bercerita tentang dia yang ditinggalkan di rumah bersama nenek ketika emak keluar sehari suntuk bersama abah pada Ahad lepas.. " Adik, nanti tolong belikan ikan untuk tok masak makan tengah hari nanti.." Dia tak mahu membeli ikan.. Katanya mahu membeli ayam untuk dijadikan juadah mengisi perut pada hari itu... Emak memuji dia.. Emak katakan dia pandai menjaga nenek... Kataku pula " Emak, adik yang nak makan ayam tu.. Bukan tok yang nak makan..." Emak ketawa lagi... Sudah tahu perangai si kecik yang selalu mahu makan ayam...

* Hilmi masih lagi belum bertambah ketinggiannya... Juga masih lagi dibuli aku..

Sehari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan bertemu Kelantan aku terima panggilan dari rumah.. Asyhraf dihujung talian... " Along, hang sokong mana bola malam esok?" Semestinya aku menyokong Negeri Sembilan.. Orang kesayanganku berasal dari negeri ini jadi tak salah untuk aku menyatakan sokongan.. Malah aku juga menonton perlawanan mereka di Stadium Paroi ketika aksi separuh akhir pertama melawan Terengganu yang dimenangi dengan jaringan 1-0.. Asyhraf mengajak aku bet untuk perlawanan ini... Aku menerima cabaran tanpa berfikir panjang... Dia mahukan sepasang seluar jeans jika Kelantan menang nanti.. Aku tidak mengalah.. Kataku " Kelantan tak mungkin akan menang.." Sambil aku ketawa mengejek.. Dia hanya ketawa mendengar kataku.. Nah.. Keputusannya Negeri Sembilan yang mendakap piala tersebut malah menang dengan jaringan yang agak besar 3 - 1... Sebelum aku tidur malam itu aku hantar pesanan ringkas pada Asyhraf... Aku taipkan " Balik cuti nanti aku tuntut hadiah.." Aku tersengih sendiri... Apa yang aku mahukan kasut original Adidas yang berharga RM 200... Yes! Akan ku tunggu kasut tersarung di kakiku nanti...

* Asyhraf adikku yang berusia 17 tahun... Masih lagi dipeluk emak dan di marah oleh abah..

Pesanan ringkas diterima dari dia...
" Emmm.. Tak de la..."
Memang ringkas jawapan yang aku terima balasan terhadap mesej yang aku hantar pukul 8.49 malam tadi sebelum aku mula memainkan jemari aku pada papan kekunci laptop..

Akan ku teruskan usaha memujuk kamu....

* Dia kekasih yang aku sayang dan percaya~

Ahad, 1 November 2009

salam sejahtera =)

lama tak menjengah ke blog ni..hehe..

maaf, masa tak mengizinkan dan aku juga sibuk dengan kehidupan harian..

kehidupan yang kadang-kadang membawa aku ke sana ke mari naik turun jatuh dan bangun kembali...

merasai rasa-rasa manis, pahit, masin dan masamnya kehidupan..

hari-hari yang berlalu selama ini telah membuatkan aku terfikir mengenai kehidupan masa akan datang.....

adakah kehidupan aku menjadi lebih baik pada masa depan atau pun sebaliknya....

di saat angka hidup beranjak tahun demi tahun tak perlu lagi aku menoleh ke belakang hanya perlu pandang ke hadapan dan terus melangkah untuk menggenggam angan-angan...

biar pun menoleh hanya untuk membaiki diri dan tidak mengulangi sejarah yang pernah berlaku...

kehidupan tidak akan membiarkan aku keseorangan, hidup perlu dikongsi bersama-sama satu, dua atau lebih maka akan jadi sempurna..

aku mengharapkan seseorang yang akan menghabiskan masanya bersama aku akan disisi menemani hingga saat penghujung nyawa tiba..

semoga aku dan dia ditakdirkan bersama...


*biar hanya aku yang memahami...

Rabu, 25 Februari 2009

pictures tag^^


lepas aku di tagged & dikomen sbb dah lame x update blog so aku pon merajin kan jemari aku menaip kt blog neh..

oleh sbb gmbr aku dah byk hilang + folder gmbar yg berterabur aku juz letak gmbar no 6 dlm folder D:\qistina_qistine\my-X\mUypiX..(sory sbb x ikut arahan)hehe..

So dis is my pix at Genting Highland 2 years ago.. G sane dgn mbe2 Puteri Mahsuri... Edi, Naveen, Abg Kojeck, Chu, Marina, Ib, Pojie, Syafiq, etc (sorry 2 those names not mention here)
It was a great time & memorable.. Miss all members of Puteri Mahsuri^^

*actually i'm kinda cold...hehehe..juz pretend cool^^,

my 2nd pix from my pendrive... choose from the 6th folder & the 6th pix in that folder..

dis is the latest pix of mine.. taken on Jan 11th 2009 at Burger King, KLCC.. Meet up with KCS members + Mr. Aki.. I'm doin' some editing on dis pix using photo bucket.. Quite satisfied with it..hehe^^ emm i'm sorry guys i did'nt remember ur name...huhu..gomen nasai!! i hv serious problem when it comes to remember names..huhu..but it's nice to meet u guys~
oh ya! dis pix taken by me using k.ain's pinky camera..hehehe..thanks k.ain!^^


*sweet smile from everybody~

so bejaye gak ak mengupdatekan blog...hehehe..thanks again to k.ain sbb bg idea post dlm blog neyh..hehe...

oyasumi nasai minna!


Rabu, 7 Januari 2009

KAT-TUN FEVER


KCS Projects

1. TO MAKE KCS COMMUNITY AS A GLOBAL KATTUN FANS COMMUNITY to gather all kat-tun fans all over the world.. Any country can post at KAT_TUN_KCS community (KCS community) (http://community.livejournal.com/kat_tun_kcs/ ) regarding fans activity (eg: fans gathering, kattun members birthday celebration and so on...^^). Every activities that fans doing to kat-tun are allowed to posting at KCS community. We will find representative for each country to be moderator at KCS community.

- To chibi who has member overseas can invited them to join and posting at KCS community.

- Each posting will tag with which country they from.

2. BIRTHDAY PROJECT FOR EACH KATTUN MEMBERS. This project will give chance to kat-tun fans to wish birthday to their favourite members. We will collect wish from fans all over the world. And then it will be compile in one book and then send to Johnny’s Entertainment (by post)


Currently project : Kamenashi Kazuya birthday project. (ASAP)

- Write or drawing anything to wish Kame birthday.

- In A4 paper size.

- Due date 31 January 2009

- Send by scan and send to email or directly post.



3. KAT-TUN ANNIVERSARY PROJECT

- Take a picture u along with KATTUN’s stuff (as a show u ar kattun fans, eg : poster, CD, DVDs., bag, uchiwa and etc) and your places as a background. Then write your wish at the pic.

- If can, take a picture that will introduce your country. Example: your picture in front of the KLCC tower.

- Due date 15 February 2009.

- Picture options :

Softcopy picture (write ur wish at the pic by edit using adobe photoshop or etc) OR

Hardcopy picture (write ur wish using marker pen or etc at the pic, then scan and email to kcs. Or juz send the pic to kcs)

- Picture size : Softcopy : 800x600 pixels OR Hardcopy : 4R

- For softcopy pic, direct emel to KCS, and for Hardcopy pic, u can scan it and then email to KCS or directly post the pic.